18 July 2009

MU beraksi di Jakarta akan menghantar mesej tegas

JAKARTA 18 Julai - Manchester United (MU) yang membatalkan perlawanannya di Jakarta Isnin depan berikutan kejadian pengeboman Jumaat lepas, perlu terus beraksi mengikut jadual demi menghantar mesej yang paling tegas kepada dunia.

Jurucakap presiden Indonesia Dr. Dino Patti Djalal berkata: “MU perlu membuktikan mereka bersama kami, bukan setakat dari segi kata-kata, tetapi juga tindakan.

“Tidak ada mesej yang lebih tegas kepada dunia daripada meneruskan perlawanan di Jakarta sebagaimana dirancang,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima di sini.

“Meneruskan perlawanan di Jakarta adalah satu ukuran solidariti — yang sesungguhnya akan memberi semangat kepada peminat mereka (MU) dan akan lama diingati dalam sejarah”.

Selain menghantar mesej kepada media Britain dan beberapa agensi berita antararabangsa, beliau juga menghantarnya kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, menerusi Duta Besar Indonesia ke Britain, Yuri Oktavian Thamrin. - Bernama

No comments:

Post a Comment