26 July 2009

Mayat wanita terapung diikat pada batu besar

KUALA SELANGOR: Ratusan penduduk kampung di Batu 11, Jalan Raja Musa, Bestari Jaya di sini semalam gempar berikutan penemuan mayat seorang wanita terapung bersama tali yang diikat dengan batu sebesar buah kelapa.

Mayat mangsa, Hasnah Ijoh @ Johari, 54, dari Kampung Ladang Baru, Selangor, ditemui jam 5.30 petang oleh beberapa penduduk yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Difahamkan, tali diikat pada batu itu yang ditemui berhampiran mayat dijadikan pemberat untuk menenggelamkan mangsa.

Sumber polis berkata, selepas menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan itu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian bagi pemeriksaan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang tiga jam sebelum ditemui,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

- Mymetro

No comments:

Post a Comment