17 July 2009

JW Marriot, Ritz Carlton diletup pengebom berani mati - Polis

JAKARTA 17 Julai - Polis Indonesia mengesahkan kejadian letupan bom di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton di sini pada pagi Jumaat yang meragut lapan nyawa dilakukan oleh pengebom berani mati.

Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri berkata, hasil siasatan di tempat kejadian, didapati dua pengebom berani mati terlibat.

“Polis sedang memeriksa identiti pelaku. Yang di Ritz Carlton, kepalanya masih utuh, yang di JW Marriot pula tempurung kepalanya sudah tertanggal tetapi masih boleh dikenali,” katanya pada sidang media di sini petang ini.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan sama ada pengebom berani mati itu warga asing atau rakyat Indonesia.

Sebelum itu, laman web berita detikcom, yang memetik sumber berkata, seorang pengebom berani mati dipercayai Nurdin A. yang menurut daftar tetamu hotel menyewa bilik 1808 hotel JW Marriott selama seminggu. - Bernama

No comments:

Post a Comment