24 July 2009

Isu pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.

"Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini.

Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Nizar memegang lilin ketika hadir pada satu majlis di Perak Jumaat lepas.

Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim hari ini menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Nizar majlis berkabung memperingati kematian Teoh Beng Huat.

Menurutnya gambar tersebut merupakan majlis menyalakan lilin diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Idham juga menjelaskan amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun dan bukan amalan agama.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sekiranya beliau dijemput masyarakat Hindu atau Cina ke tempat ibadat mereka, beliau akan bertanya terlebih dahulu adakah program keagamaan atau adat resam.

"Saya kata kalau soal agama saya tak boleh pergi, tetapi adat resam atau budaya saya boleh pergi.

"Tiap-tiap tahun anak cucu kita menyambut ulang tahun kelahiran mereka dengan memacak lilin atas kek mengikut umur.

"Kalau setahun sebatang lilin kemudian menghembuskan, jadi lilin ni digunakan sebagai satu perkara yang simbolik terhadap sesuatu perkara lain. Begitu juga dalam masalah yang diheboh sekarang ni," ujarnya.

Menurutnya Rasulullah saw menghantar surat pada raja-raja Mesir, Iran dan India menggunakan ayat al-Quran.

- Harakahdaily

* Elak isu kebajikan rakyat, isu remeh menjadi pilihan...

2 comments:

  1. Kesian UMNO Perak, dah la dapat MB haram Bodoh plak tu??? Macam la tak pernah bakar/tiup lilin utk sambut hari jadi....Aku ingatkan hanya ahli bawahan UMNO aje yg bodoh kerana sering diperbodohkan oleh pemimpinnya...tapi pemimpinnya juga Bodoh. Kononnya nak tunjuk pandai dgn TGNA..akhirnya rakyat dah tahu Zamry bodoh. patut la Najib tak berani nak berdebat dgn TGNA. Rakyat pun dah bijak....ahli UMNO bila lagi....????

    ReplyDelete
  2. Rakyat dah bijak hasil sentuhan dan jasa besar sumbangan UMNO..bersyukurlah wahai org Melayu..kalau PAS yg perintah rakyat akan jadi samseng maki sana maki sini..ayuh bertaubatlah segera ..TUHAN SEDANG MENELANJANGKAN PEMIMIPIN YG MEMPERMAINKAN AGAMA

    ReplyDelete