15 July 2009

Husam: PAS jangkakan akan kalah di Manek Urai

KUALA KRAI, 14 JULAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manek Urai yang baru dari PAS, Mohd. Fauzi Abdullah menyifatkan kemenangan yang diperoleh hari ini bukan kejayaan peribadi beliau semata-mata.

Sebaliknnya beliau berkata, ia adalah kemenangan Islam secara keseluruhan.

"Saya berterima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi saya, saya bersyukur pilihan raya ini berjalan dengan lancar.

"Saya akan menjadi ADUN dengan sebaik mungkin tanpa mengira fahaman politik," katanya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Manek Urai sebentar tadi.

Fauzi berjaya mengekalkan kedudukan PAS di Manek Urai hari ini dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau memperoleh 5,348 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat menerima 5,283.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin pukul 9.07 malam.

Bagaimanapun calon BN dan pemimpin-pemimpin parti itu tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi yang diadakan di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Dipercayai mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk dari Manek Urai ke Kuala Krai.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beliau sangat berbangga dengan pengundi di kawasan Manek Urai kerana mempunyai ketahanan diri yang kuat walaupun wang yang banyak digunakan.

"Majoriti tidak penting kerana kita (PAS) bukan sahaja berhadapan dengan jentera pilihan raya tetapi penggunaan politik wang juga," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS.

Husam yang juga Naib Presiden PAS memberitahu, pihaknya sebenarnya menjangkakan bahawa parti itu akan kalah kali ini.

Oleh itu, beliau menyifatkan malam ini sebagai satu kejayaan luar biasa.

Ditanya sama ada kemerosotan undi malam ini disebabkan faktor kehadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Husam berkata:

"Itu soalan nakal."

"Hari ini kita bersyukur kepada semua pihak malam ini. Kita akan analisis keputusan hari ini," katanya lagi.

- Mstar

* Rakyat Malaysia jelas tolak UmnoBN. Daripada 6 pilihanraya kecil di Semenanjung, belum satu pun dimenangi oleh UmnoBN w/pun menggunakan jentera kerajaan sepenuhnya.

3 comments:

  1. tipis jer.. tak perlu riak sangat.. :)

    ReplyDelete
  2. Tipis sebab UMNO bawa masuk 2 ribu lebih pengundi hantu...pasal tu majoriti yg keluar mengundi 87%. lagi pun penyokong Pas di luar kelantan seramai 1000 lebih org tak balik sebab UMNO tak taja kepulangannya. Jika UMNO taja mcm dulu..seorg RM500...dah pasti pengundi balik mengundi. Duit ambil tapi undi PAs.

    ReplyDelete
  3. hai anon 8;47..kalau org dah meluat..tetap meluat..undi 65 tu hantu juga kot

    ReplyDelete