
:Dua lelaki itu ialah Ade Abdul Hadi yang tinggal di Cilacap, Jawa Tengah dan Taufan Haji atau Musto Abu Bakar dari Jawa Timur.
:Bagaimanapun, Ade masih dalam buruan polis selepas berjaya meloloskan diri dalam serbuan pada bulan lalu bersama bapa mertuanya, Bahrudin atau Baridin.
:Dalam serbuan itu, polis menjumpai beberapa alat peledak di kawasan belakang rumah Bahrudin.
:Sementara itu, Taufan ditahan pada pagi kelmarin di Makassar dengan berdasarkan maklumat yang diberikan jiran-jirannya.
:Polis mendapati Taufan adalah individu yang menjadi pemilik salah satu daripada lima kad pengenalan, dua pasport, tiga telefon bimbit dan sembilan kad kredit yang ditemui selepas insiden pengeboman lalu.
:Rekod di dalam pasport Taufan menunjukkan dia pernah mengunjungi Malaysia, Singapura dan Thailand. - Sinar Harian
No comments:
Post a Comment