25 June 2009

Warga UiTM dilarang keluar negara : NC

SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah
mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya daripada melakukan perjalanan
ke luar negara bagi mengelak jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

"Saya telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan sesiapa pun keluar dari
Malaysia," kata Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Beliau memberitahu pemberita demikian mengenai langkah yang diambil
universiti awam itu bagi membendung jangkitan wabak tersebut di kalangan
pelajarnya.

Empat buah sekolah terpaksa ditutup setakat ini apabila pelajarnya turut
dijangkiti wabak berkenaan.

Ibrahim berkata bagaimanapun kebenaran untuk ke luar negara diberikan
berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan mustahak.

Beliau mengakui terdapat rungutan berhubung arahan itu terutama di kalangan
kakitangan akademik yang telah melakukan persiapan untuk ke keluar negara.

Namun katanya, beliau perlu bertegas kerana tidak mahu UiTM yang mempunyai
lebih 100,000 pelajar di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa
ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.

Mengenai saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya institusi pengajian
tinggi menubuhkan jawatankuasa bertindak H1N1 bagi mengekang jangkitan virus
itu, Ibrahim berkata UiTM sudah menubuhkan jawatankuasa sedemikian dan sentiasa
dalam keadaan berjaga-jaga mengenai penularan virus.

-- BERNAMA

* Dia punya NC pun fikir seperti itu...

No comments:

Post a Comment