03 June 2009

Wanita disamun remaja perempuan

KUANTAN 2 Jun - Biasanya kegiatan meragut dilakukan oleh kaum lelaki tetapi berbeza di sini, dua remaja perempuan ditahan kerana melakukan jenayah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 petang itu, polis menahan dua remaja perempuan selepas disyaki terlibat meragut rantai emas dan telefon bimbit milik seorang wanita berusia 28 tahun di belakang sebuah sekolah di sini.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 18 tahun itu melakukan perbuatan tersebut bersama seorang remaja lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru pulang dari tempat kerja dan sedang berjalan kaki di belakang sekolah.

Katanya, bagaimanapun sebaik sampai di kawasan itu, mangsa telah dipanggil oleh dua remaja perempuan itu.

"Mangsa terus pergi ke arah kedua-duanya kerana tidak mengesyaki sebarang perkara tidak diingini. Turut berada bersama mereka ialah seorang remaja lelaki.

"Tiba-tiba salah seorang daripada suspek itu meragut rantai emas yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

- Utusan

* Minah ragutlah pula...

No comments:

Post a Comment