24 June 2009

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?

Ketua Pemuda Umno bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai bertanding mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ini kerana beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno dalam kumpulan ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Abdullah.

Malaysiakini diberitahu, Tuan Aziz adalah antara tiga tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian Kuala Krai.

Dua lagi nama ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian tersebut baru-baru ini.

Katanya, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen.

"Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," katanya.

Beri mandat

Oleh itu, katanya, Umno bahagian telah memberi mandat kepada AJK memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

"Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya hari ini.

Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau tidak tahu siapakah yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai.

Katanya, jika boleh beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin yang lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob Mei lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai.

Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

- Malaysiakini

* Bukan takat Tuan Aziz, Tuan Blog ni pun akan lingkup kalau bertanding di Manek Urai atas tiket UMNO :)

2 comments:

  1. ulasan yg takburrr nampak..insyaallah..Kalau Allah berkehendakkan UMNO yang menang,tiada kuasa lain yg boleh menidakkannya..dan kalau Nik Aziz bertanding sekalipun dan Allah tidak berkehendakkannya menang ,PAS tetap tidak akan dapat mengatasinya.

    ReplyDelete
  2. Kalau Najib bertanding, tuhan mengkehendaki dia kalah teruk. Umno tak akan dapat mengatasinya juga.

    ReplyDelete