25 June 2009

Tolak permohonan isytihar keluar Islam

KUALA LUMPUR 25 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan satu keluarga untuk diisytiharkan keluar daripada agama Islam.

Hakim memutuskan demikian kerana terdapat perbezaan dalam kausa tindakan yang berasingan iaitu si ibu merupakan mualaf berketurunan Cina manakala dua anak lelakinya dilahirkan Islam.

Kesemua mereka membuat permohonan tersebut dengan mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak ibu mereka bercerai pada 1988. - Utusan

1 comment:

  1. tolak ke terima ke, mereka tetap dah terkeluar dari agama islam. JAKIM, JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI, MAJLIS AGAMA ISLAM, JABATAN MUFTI, dan pelbagai macam lagi jabatan yang telah dilantik dan diberi gaji...ape crite???? rasanya bukan sekali orang memohon keluar islam ni. mana maruah agama islam? dipermain-mainkan setiap saat!
    cara paling mudah untuk menangani isu-isu ni, balik la semula kepada ajaran Islam yang sebenar, laksanakanlah hukum-hukum Allah. jangan hukum-hukum Allah itu dipelajari je di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi je... dan jangan dok goyang kaki atas kerusi empuk tu sambil tunggu kenaikan pangkat, jawatan dan gaji je.
    sebenarnya kita semua selaku muslim turut terlibat dalam perkara sebegini, namun kalau perancangan dari pihak atas betul-betul berlandaskan islam, dan kita mahu melihat hukum-hukum Allah di laksanakan di bumi bertuah ini insyaallah perkara begini dapat di elakkan.

    ReplyDelete