25 June 2009

Mahkamah ketepi waran tangkap Anggota Parlimen Kapar

KUALA LUMPUR 25 Jun — Mahkamah Koroner hari ini mengenepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam pada hari Selasa lepas kerana mengelak untuk disepina bagi memberikan keterangan dalam inkues kematian aktres K. Sujatha.


Koroner Mohd Faizi Che Abu memutuskan bahawa terdapat merit dalam permohonan Manikavasagam, dan beliau mengarahkan supaya sepina diserahkan kepada Anggota Parlimen itu yang berada di mahkamah hari ini.


Beliau berkata ada dua isu untuk ditimbangkan oleh mahkamah dalam mengenepikan waran tangkap itu selepas mendengar hujah peguam Manikasavagam, N.

Surendran.


Katanya isu pertama ialah sekiranya mahkamah perlu memulakan prosiding menghina terhadap Anggota Parlimen itu atau polis, tentang mengapa sepina tidak dapat diserahkan.


Kedua, untuk memastikan kehadiran saksi bagi memberi keterangan dalam inkues itu.


“Memandangkan Manikavasagam sedia memberi keterangan pada 9 Julai, saya serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk menyiasat lebih teliti kedua-dua versi mengapa sepina tidak dapat dilaksanakan, dan sekiranya perlu, untuk memulakan prosiding menghina terhadap mereka yang berbohong kepada mahkamah,” kata Mohd Faizi.


Inkues itu diadakan berikutan kematian Sujatha 28, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 25 Jun, 2007, enam hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana didakwa meminum racun serangga. - Bernama

No comments:

Post a Comment