KUALA LUMPUR 15 Jun - Kematian seorang suspek kes pecah rumah, A. Gnanapragasam yang ditemui mati dalam sel lokap di Balai Polis Damansara Damai semalam berpunca daripada jangkitan bakteria dalam usus.
Punca kematian suspek ialah toxaemia secondary to spontaneous peritonitis iaitu keracunan darah kerana jangkitan bakteria dalam usus.
Ia diketahui menerusi laporan bedah siasat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bedah siasat berkenaan dijalankan oleh ahli patologi PPUM, Dr. Prashant Smberkar pada tengah hari semalam.
"Saya difahamkan tiada sebarang kesan lebam pada badan mangsa. Mengenai dakwaan isteri Gnanapragasam bahawa suaminya mengalami lebam di mata kanannya, ia mungkin berlaku ketika mangsa ditahan pada tempoh hari.
"Ada saksi yang menyaksikan pergelutan yang berlaku di antara Gnanapragasam dan polis, jadi besar kemungkinan kecederaan mata kanannya itu dialami ketika cuba melawan daripada ditahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Suspek berusia 52 tahun yang ditahan pada awal pagi Rabu lalu ditemui mati dalam keadaan terbaring di tandas sel pada pukul 8.05 pagi oleh seorang pengawal lokap yang sedang membuat rondaan.
Ketika ditahan, pekerja pendawaian itu dikatakan sedang memecah masuk seorang diri sebuah rumah di Sungai Buloh dekat sini.
Empat lagi tahanan yang ditahan di sel yang sama dengan suspek, sedang tidur dan tidak menyedari kejadian itu.
Gnanapragasam yang tinggal di Jalan Ipoh, Sentul, mempunyai enam anak berusia antara 16 hingga 22 tahun.
- Utusan
* Sebelum ini kata punca kematian dikaitkan dengan penagihan dadah tegar sekarang kerana jangkitan bakteria dalam usus esok ....
No comments:
Post a Comment