25 June 2009

Remaja ditahan kerana merogol

KENINGAU 24 Jun - Polis menahan seorang remaja berusia 13 tahun kerana dipercayai merogol rakannya yang merupakan seorang pelajar di salah sebuah sekolah menengah di pekan ini.

Suspek yang tidak lagi bersekolah dan bekerja di kedai menjual buah-buahan di pasar malam di sini, ditahan di rumahnya di sebuah kampung dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali di sebuah hotel di pekan ini, pada 7 dan 16 Jun lalu.

"Mangsa membuat laporan polis pada Sabtu lalu selepas didesak oleh ibu saudaranya sebaik mengetahui perkara tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya, ibu saudara mangsa mengetahui kejadian tersebut selepas menemui sekeping nota yang memberitahu mangsa dinodai teman lelakinya.

Zahari berkata, mangsa dipercayai enggan mendedahkan perkara itu kepada kedua-dua ibu bapanya mungkin kerana takut.

Beliau memberitahu, kes itu merupakan kejadian kedua di daerah ini dalam tempoh seminggu yang membabitkan gadis bawah umur dirogol.

Sebelum ini, seorang gadis berusia 15 tahun dirogol di sebuah kampung di pinggir pekan ini dan telah membuat laporan polis.

- Utusan

No comments:

Post a Comment