BERIKUT ialah reaksi kesemua calon Bebas yang tewas dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti.
AMINAH ABDULAH (BEBAS)
"Kak Min (Aminah) menerima keputusan ini dengan hati terbuka, Kak Min sedikit pun tak rasa kecewa dengan keputusan ini.
"Bagi Kak Min, keputusan ini ialah seperti kalah dalam kemenangan... Kak Min menang kerana berjaya mengurangkan peratusan undi yang dimenangi oleh PKR (Parti Keadilan Rakyat).
"Bagi Kak Min, jumlah orang keluar mengundi yang kecil ini ialah kerana penyokong Umno tidak keluar mengundi.
"Insya-Allah Kak Min akan cuba lagi pada masa-masa akan datang jika dipanjangkan umur, jumlah undi yang Kak Min terima pun taklah kecil sangat, nampaknya ada juga yang menyokong Kak Min."
NAI KHAN ARI (BEBAS)
"Saya tidaklah terlalu kecewa, tapi saya rasa sedikit kecewa kerana kalah di kampung saya sendiri iaitu di peti undi Telok Wang dan Sungai Lembu.
"Walau bagaimanapun saya menerima keputusan ini kerana pengundi telah membuat keputusan mereka untuk memilih pemimpin.
"Saya harap kepada Mansor (Othman) yang menang supaya dapat membantu rakyat dengan menumpukan kepada pembangunan di Penanti.
"Kalau ada peluang nanti, mungkin saya akan mencuba nasib pada masa yang lain, tapi matlamat saya ialah untuk membantu rakyat."
KAMARUL RAMIZU IDRIS (BEBAS)
"Nampaknya dari jumlah undi yang saya dapat, jelas menunjukkan masyarakat di sini menolak konsep keimanan yang ingin saya bawa.
"Mereka lebih mahukan pembangunan yang dijanjikan oleh calon-calon lain... bagaimanapun saya tidak akan berputus asa dengan matlamat saya untuk menubuhkan Parti Iman SeMalaysia.
"Ini adalah kekalahan saya kali kedua selepas Parlimen Bukit Gantang, saya terima keputusan ini dengan hati terbuka tanpa rasa kecewa."
- Mstar
* Apa kata awak bertiga bergabung dalam satu parti baru berlambangkan 'mangkuk'.
Kalau org tanya mangkuk apa?mangkuk jamban keluaran PKR Penanti atau mangkuk ayun buah tangan Fairus
ReplyDeletetak baik mgata org.. bersatulah demi bangsa melayu kita... yang wajibnya islam didahulukan....
ReplyDeleteerk...sian ader gak yg nak undi dorang2 tuh....yg lawak tuh..dpt mengurangkan majoriti wakakakakaaaa....
ReplyDeletePEMIMPIN UMNO TERUS MEMPERBODOHKAN AHLI BAWAHAN UMNO KONONYA PKR MENANG DGN PERATUS KELUAR MENGUNDI KURANG....HAKIKATNYA PKR MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH BESAR...ITU YG AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH KENA FAHAM. PERATUSAN UNDI KURANG KERANA INI PILIHANRAYA KECIL....LAGI PUN PRU 12 LEPAS UMNO BANYAK HULUR HABUAN UTK PENGUNDI YG NAK BALIK MENGUNDI DITEMPAT SENDIRI. DI PENANTI UMNO TAK HULUR MCM YG LEPAS-LEPAS.....KALAU HULUR AKU JAMIN 3 RIBU PENGUNDI ATAS PAGAR AKAN BALIK...TAPI DUIT AMBIL....KAIN AMBIL....HABUAN AMBIL...UNDI TETAP PAKATAN RAKYAT. KESIAN AHLI UMNO TERUS DIPERBODOHKAN....SEDIH UMNO DPT PRESIDEN YG BACUL...MANA ADA DLM DUNIA SEBUAH KERAJAAN PEMERINTAH TIDAK TURUT BERTANDING PILIHANRAYA?????? JIKA UMNO MASUK BERTANDING DAN HABUAN DIBERI PADA PENGUNDI ATAS PAGAR MACAM AKU SUDUAH TENTU 3 RIBU LAGI PENGUNDI AKAN BALIK DAN BERI UNDI PADA PKR.....DAN PKR AKAN MENANG MENENTANG UMNO DGN MAJORITI SEBANYAK 9,558. HARAP DI AMIK URAI UMNO AKAN MENAJA PENGUNDI YG NAK BALIK MENGUNDI.... MEMBER AKU DAH DPT OFER RM1000 SEORG????
ReplyDeleteMenang majoriti apa kejadahnya ,org puckatan riot ni memang tak sekolah kot,lepas tu kata org bodoh..kalu yg pi pangkah hanya 46peratus dan tak pi 56 peratusnya,maknanya yang menang bukan puckatan riot tapi pengundi yg bijak dan tak mudah diperbodohkan oleh anuar atau tok garu..sapa depa tu?tentulah org2 yg kasih dan sayangkan UMNO.nampak sgt kebuloqnya org pembangkang ni..dok harap BN masuk bertanding pasai nak kain pelikat..kesian,meh ambek kat umah aku..blambak dok ada ni
ReplyDelete