26 June 2009

Pelajar sekolah agama dibelasah disaksikan 80 pelajar lain

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga pengsan selepas dibelasah oleh empat pelajar senior sambil disaksikan kira-kira 80 pelajar lain dalam surau sebuah sekolah agama di Rompin, awal pagi semalam.

Namun, tiada seorang pun di antara kira-kira 80 rakan sekolah Mohd Ashraf Abdul Aziz, 15, yang menyaksikan kejadian itu datang membantunya.

Menurut abang ipar mangsa yang enggan dikenali, dalam kejadian pada 1 pagi itu, lampu surau ditutup selepas kesemua pelajar selesai menunaikan solat sunat witir sebelum Mohd Ashraf dibelasah teruk oleh keempat-empat pelajar lelaki berusia antara 16 dan 17 tahun tanpa sebab.

Beliau mendakwa ekoran kejadian itu, mangsa pengsan selain mengalami kecederaan di bahagian muka, badan dan lengan.

Pihak sekolah yang menyedari kejadian itu kemudian menghantar Mohd Ashraf ke klinik selepas diminta oleh ibu mangsa, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

- BERNAMA

* Buat malu sekolah agama

No comments:

Post a Comment