03 June 2009

Manohara mahu seret suami ke mahkamah

Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot akan mengheret suaminya,Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra mahkamah atas tuduhan mendera, kata seorang peguam ibunya, Daisy Fajarina.

Peguam Yuli Andre Darmas memberitahu akhbar Jawa Pos hari ini bahawa tindakan undang-undang pasti akan diambil terhadap suami Manohara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan yang diambil perlu mengikut undang-undang dan pihaknya tidak akan tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

Manohara dan keluarganya kini sedang mengumpulkan maklumat dan bukti terhadap dakwaan kekerasan rumahtangga yang didakwa mereka, kata Yuli dalam laporan akhbar harian terkenal Indonesia tersebut.

Yuli juga berkata, Manohara akan menjalani pemeriksaan perubatan - termasuk kesihatan mental dan spiritual - dalam masa terdekat bagi mengukuhkan dakwaan mereka terhadap suaminya.

Peguam berkata, dalam masa satu atau dua hari ini, pihaknya akan berusaha menyiapkan dokumen-dokumen berkaitan.



"Selanjutnya kami ke Malaysia untuk melaporkan kasus (kes) ini dan diteruskan ke Kesultanan Kelantan," kataYuli.

'Akan ke Malaysia'

Yuli berkata, pihaknya juga mempertimbangkan membuat aduan penderaan ke atas Manohara kepada Polis Antarangsa (Interpol) jika pihak berkuasa Indonesia tidak dapat menyiasat kes itu yang berlaku di luar republik tersebut.

"Yang penting, setiap jalan akan terus kami upayakan," katanya.

Yuli juga berkata, pihaknya sentiasa bersiap-sedia sekiranya istana Kelantan berniat mencabar tindakan mereka itu.

"Memang dalilnya apa mereka mau menggugat balik? Ini bukan penculikan atau membawa kabur (lari) Manohara.

"Saya tegaskan lagi, ini adalah kemahuan Manohara untuk berkumpul dengan keluarganya di Indonesia.

"Sebab, Manohara tidak tahan hidup dengan Fakhry dan keluarga kesultanan Kelantan," katanya dalam laporan akhbar Jawa Pos.

- Malaysiakini

* Betul rupanya... Apa komen Husam yang kuat mempertahankan anak raja itu.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete