23 June 2009

Ketua Umum PR bagai ‘duri dalam daging’ orang Melayu

SHAH ALAM - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ‘duri dalam daging’ kepada orang Melayu sehingga menimbulkan perpecahan berikutan kecenderungan tindakannya yang mengutamakan kepentingan peribadi dan politiknya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, selagi orang Melayu terpengaruh dengan berkiblatkan kata-kata Anwar, selagi itulah perpaduan dalam kalangan orang Melayu tidak menjadi kenyataan.

“Anwar lebih mengutamakan agenda peribadi berbanding agenda terhadap Islam mahupun Melayu berdasarkan sejarah dirinya.

“Kita boleh menilai tujuannya melalui sejarah lampau mahupun peristiwa yang berlaku sejak April 2008 sama ada Anwar boleh menjaga kepentingan agama dan bangsa atau sebaliknya,” katanya dalam laman blognya, semalam.

Dalam pada itu, Dr Khir juga beranggapan idea kerajaan perpaduan tidak akan berjaya kerana Pas atau UMNO mempunyai komitmen sendiri dalam asas perjuangan mereka.

“UMNO ada komitmen mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas pula komitmen kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Dr Khir berkata, kedua-dua parti politik Islam itu perlu terlebih dahulu bermuzakarah isu-isu Islam dan orang Melayu daripada terus menerus membicarakan soal kerajaan perpaduan.

“Tetapi perbincangan itu tidak harus dilihat sebagai isu perkauman yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan antara kaum,” katanya.

Menurutnya, politik juga perlu menjadi wadah menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya alat menunjukkan siapa lebih berkuasa sehingga wujudnya politik ‘kebencian’ dalam kepimpinan negara.

“Demikianlah susahnya sikap dan pemikiran orang Melayu yang mengamalkan politik berasaskan kebencian bukannya berasaskan kepentingan,” katanya.

- Sinar Harian

* Setelah kita berpadu kita bolehlah roboh rumah orang miskin, melawat Florida berkali-kali bersama keluarga, menutup surau dan banyak lagi...

5 comments:

  1. Kepada Dr. Khir, SIAPAKAH YANG SEBENARNYA DURI DALAM DAGING KEPADA BANGSA MELAYU DAN ISLAM? HANYA MEREKA YANG BERKITABKAN BERITA DARI ARUS PERDANA SEPERTI RTM,TV3,UTUSAN DLL SAHAJA YG TERMAKAN AKAN KATA-KATA MU. MEREKA-MEREKA YG BERKITABKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH INSYA-ALLAH TIDAK AKAN TERMAKAN TIPU DAYA MU ITU..

    ReplyDelete
  2. Masa kecil-kecil dulu kita pernah mendengar cerita"witch" terbang dengan penyapu.Percaya juga kiranya.

    Hari ini ada pula"witch" yang menoggeng di atas penyapu dan terbang kesana kemari menyebarkan berita-berita yang menggelikan telinga.

    Siapa lagi yang nak percayakan "witch" seperti ini zaman IT ini ?

    Budak-budak kecil di Selangor selalu menyanyi beramai-ramai:

    "Witch toyol terbang dengan penyapu-penyapunya..."

    "Biarkan....biarkan..."sampuk yang tua-tua!

    ReplyDelete
  3. Boleh Khir, Boleh.

    BOLEH BELAH!

    Tamil cakap,

    POODAH!

    ReplyDelete
  4. Wahai Rakyat Selangor...Sedarlah bahawa penswastaaan Air Selangor adalah lebih menindas rakyat. Siapa punya angkara??? Kenapa masih ada sign perjanjian dgn syabas sedangkan parliment sudah dibubar? Kenapa tergesa-gesa? Selepas pilihanraya kenapa tergesa-gesa lagi pindahkan beberapa juta RM ke akaun lain?? Jgn bercakap ttg melayu lah sekiranya dizaman kamu ..penuh dgn korapsi yg begitu bangsat .. Memang celaka dan bongkak bila memberikan hadiah 'Penyapu' dlm majlis yg diketahui umum seluruh Malaysia..Kalau kita tu bagus kira oklah juga tapi lebih penyangak dari penyamun.

    ReplyDelete
  5. engkau duduk diam2 aje lah DS Khir..tak yah nak sibok2 ttg PR..kami penyokong PR tetap percaya DSAI pemimpin Malaysia yg plg unggul dan berkaliber walaupun akan dituduh sbg peliwat yg paling licik di dunia..kalaupun benar dia peliwat itukan hak peribadinya..nak buat mcm mana dah keinginannya ke situ..sekurang2nya dia lebih baik daripada perampas isteri org.

    ReplyDelete