22 May 2009

Tangguh balik jika demam

PUTRAJAYA - Sesiapa sahaja, daripada pelancong asing hingga kepada rakyat dan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat dinasihatkan supaya menangguhkan rancangan ke negara ini jika mereka ada simptom influenza A (H1N1) seperti demam dan selesema.

Kebimbangan pihak berkuasa Malaysia mengenai penularan semula wabak itu ialah ekoran cuti musim panas yang mungkin menyaksikan ramai pelajar Malaysia pulang bercuti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, nasihat itu bukan bermakna pihak berkuasa tidak bersedia menghadapi kebanjiran masuk orang ramai terutama dari negara yang mempunyai banyak kes H1N1 seperti Amerika Syarikat.

"Kedatangan mereka ini dialu-alukan dan ia bukanlah satu masalah kerana kita ada persediaan yang cukup bagi mengawal penularan wabak itu.

"Cuma harapan kita sebaik-baiknya tangguhkan dulu jika demam, jika tidak mereka akan dikuarantin apabila tiba di Malaysia," katanya pada pemberita di sini semalam.

Beliau baru pulang daripada menghadiri persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

Katanya, mesyuarat itu diberitahu mengenai kebimbangan bahawa virus penyakit itu boleh merebak dengan lebih cepat pada musim sejuk di negara-negara hemisfera selatan.

Mengenai status dalam negara, Tiong Lai berkata sehingga semalam, tiada kes baru yang disahkan positif virus influenza A walaupun terdapat 16 kes yang dimasukkan ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

- Kosmo

* Ingat senang ke nak tangguh. Betul tak 'Wak' ... :)

No comments:

Post a Comment