22 May 2009

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihadapinya.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jummat.

Ia disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS dijadual mengadakan sidang media khas pukul 11 pagi ini.

Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II akhir bulan lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

- Mstar

* Alasan apa pula BN nak beri kali ini...

No comments:

Post a Comment