02 May 2009

Soi Lek lompat parti hanya gembar-gembur - Najib

KUALA LUMPUR 2 Mei — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa ura-ura Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkemungkinan menyertai pembangkang adalah sesuatu yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu.

Najib berkata, ketika bertemu dengan bekas Menteri Kesihatan itu dua hari lepas, beliau tidak mendengar apa-apapun mengenai perkara itu dari Soi Lek.

“Siapa kata, saya jumpa dia (Soi Lek) dua hari lalu. Tak ada apapun... itu diuar-uarkan pihak tertentu,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment