SHAH ALAM 2 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini mengesahkan bahawa beliau sedang memikirkan untuk mengosongkan kerusi itu.
Dalam kenyataan media yang diedarkan oleh isterinya S. Pushpaneela, Manoharan berkata, beliau akan mengumumkan keputusannya secara rasmi selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak, pada 19 Mei ini.
“Saya rasa bersalah dan tidak adil kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab kepada pengundi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.
“Kini saya perlu mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai wakil rakyat Kota Alam Shah bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan,” kata peguam berusia 48 tahun itu.
Dalam kenyataan itu, Manoharan turut meminta maaf kepada pengundi di kawasan itu kerana tidak dapat memberi perkhidmatan secara peribadi kerana ditahan di bawah Akta ISA sejak 2007. - Bernama
No comments:
Post a Comment