12 May 2009

Nizar, exconya pula kosongkan pejabat

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan anggota exconya telah mengosongkan pejabat mereka petang ini.

Sebagai menghormati keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar dan para exconya mengosongkan pejabat mereka di bangunan SUK di Ipoh pada kira-kira jam 2.30 petang - kira-kira tujuh jam selepas sekali lagi mengambil alih pentadbiran negeri itu semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir meminta Nizar menghormati keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonannya untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Selepas mahkamah tinggi membuat keputusan itu semalam, Pakatan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh, Zambry berkata, beliau menghormati keputusan mahkamah dan mahu meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

- Malaysiakini

1 comment:

  1. Permainan jenis apa dalam kemelut politik negeri Perak...? Pelik tapi benar, itulah politik zaman Datok Seri Mohd. Najib.

    Beliau telah mengingatkan pada rakyat negeri perak "supaya bertenang" dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

    Peringatan ini adalah jelas bahawa beliau akan bertindak balas dan bersedia melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang yang patut diikuti sebagaimana yang pernah mereka lakukan.

    Beliau akan menggunakan mahkamah sebagai tempat mereka memperbodohkan dan menghukum pemimpin pembangkang dan seluruh rakyat Malaysia seperti mana yang pernah dilakukan Tun Dr. Mahathir dalam pemerintahannya.

    Lupakah kita siapa yang mendalangi kes rampasan kuasa kerajaan negeri Perak...?

    Lupakah kita kes altuntuya dimahkamah yang dibicarakan dalam mahkamah diputarbelitkan...

    Kalau kes altuntuya boleh diputarbelitkan mengapa tidak kes Zambry Abd. Kadir sebagai MB haram diputar menjadi halal..?

    Barisan Nasional akan pertahankan bahawa tidak akan ada pembubaran DUN Perak. Itu amat pasti. Mereka akan mencari berbagai alasan dan tindakan untuk menggagalkan pembubaran itu walau pun tindakan itu akan melanggar peraturan mahupun undang-undang.

    Mengapa mereka takut pada pembubaran DUN...? Alasannya mudah saja. Setelah kaji selidik oleh pakar politik mereka, didapati rakyat sudah tidak lagi menyokong propaganda BN kecuali pencacai makan rasuah. Jika pilihanraya diadakan BN akan kehilangan Perak sama seperti mereka kehilangan Kelantan.

    Oleh kerana itu bersedialah menghadapi cerita baru dari mahkamah.

    ReplyDelete