KOTA BHARU 1 Mei - Gara-gara tulisan bertajuk Kerja-Kerja Bodoh Dalam Pas, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz telah dipanggil ke tribunal Dewan Ulama Pas oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan bagi memberikan penjelasan.
Menurut Nik Abduh, sesi penjelasan kepada tribunal tersebut berlangsung lebih dari sejam bagaimanapun beliau tidak menjelaskan bila pertemuan itu dibuat.
"Ya, saya telah dipanggil dan saya berharap untuk terus dipanggil lagi dan lagi. Saya telah ditegur sebagaimana lebih kurang ayahanda menegur saya.
"Saya juga telah menyatakan pendirian saya lebih daripada apa yang telah saya sampaikan kepada ayahanda kerana ia adalah pertemuan lebih satu jam.
"Saya tidak pernah diarah untuk menarik balik tulisan saya," katanya yang dipetik dari laman blognya di sini hari ini.
Baru-baru ini, beliau telah menyerang 'pembantu-pembantu' bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.
Nik Abduh menyifatkan pembantu-pembantu politik itu sebagai sesat kerana memberikan gambaran yang salah mengenai situasi yang berlaku sekarang.
Utusan Malaysia cuba menghubungi beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun gagal.
Nik Abduh berkata, pelbagai fitnah telah dilemparkan kepadanya selepas dipanggil tribunal tersebut baru-baru ini.
"Saya terjenguk beberapa blog yang memberitakan perihal saya dihadapkan ke tribunal Dewan Ulama Pas Kelantan oleh Dewan Pemuda Pas Kelantan berkaitan artikel saya 'kerja bodoh' di blog ini. Ia menyatakan saya telah diarah menarik balik tulisan tersebut.
"Walau pun rasa malas sangat nak nafikan fitnah 'belawak biawak' (menipu) ini, saya terpaksa juga demi mengelak para penjenguk blog saya ini termakan racun tersebut," katanya. _ Utusan
* Nakal sangat, itu sebab kena marah
No comments:
Post a Comment