KUALA LUMPUR 6 Mei - Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ditahan polis di sebuah restoran di Jalan Pahang di sini, bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh, esok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan penahanan pemimpin kanan Pas itu.
Difahamkan, Mohamad Sabu ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh kira-kira 10 anggota polis berpakaian preman sewaktu beliau meninggalkan restoran itu yang terletak berhampiran Hospital Tawakal.
- Utusan
* Polis di bawah Najib. Mereka rancang sesuatu di Perak?
No comments:
Post a Comment