06 May 2009

Lagi wanita mengandung maut diragut

KOTA BAHARU 6 Mei — Selepas seorang wanita mengandung maut di tangan peragut di Johor Ahad lalu, satu lagi kes kematian yang disebabkan oleh angkara peragut yang turut melibatkan wanita mengandung berlaku di Kelantan hari ini.

Dalam kejadian di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh di sini, Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdulah berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang sedang menunggang motosikal telah diragut beg tangannya sehingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan jatuh.

Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi ini, katanya.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk ke rumah ibunya di Tumpat. - Bernama

No comments:

Post a Comment