JOHOR BAHRU 13 Mei – Polis menembak mati lima penjenayah selepas kumpulan itu memecah masuk rumah Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Syahrin Md. Jamaludin di Kampung Sinaran Baru di Skudai, awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melanggar sekatan jalan raya yang dibuat pihak polis kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
Suspek sebelum itu melarikan Proton Waja milik mangsa selepas menggeledah rumahnya selama satu jam.
Syahrin yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO tiada di rumah ketika kejadian, namun isteri dan tiga orang anaknya tidak diapa-apakan.
Polis dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung kejayaan itu pada pukul 2 petang ini.
– Utusan
* Menyamun lagi...
No comments:
Post a Comment