13 May 2009

Kemelut Politik Negeri Perak – UMNO ‘bodoh, jahat dan gila’


KEMAMAN – Kemelut politik Negeri Perak yang berlaku adalah akibat pemimpin UMNO yang rakus merampas kuasa secara bodoh, jahat dan gila kuasa.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan yang memalukan itu disaksikan oleh manusia di seluruh dunia.

“Hari ini dia (Umno) pakai rampas bodoh saja, sudahlah bodoh jahat pula, ‘bodoh..jahat..gila’.

“Kita (PAS) kena banyak sabar dan percayalah orang yang bodoh, jahat dan gila ini lama-lama kena berkas. Dia (Umno) tidak boleh kuat selama-lamanya,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kemaman Kali Ke-49, di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman.

Apa yang berlaku, katanya, menandakan kelemahan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini dan PAS perlu memperbaiki kelemahan bagi menarik sokongan rakyat.
“Apa yang berlaku itu (kes Perak) menandakan kelemahan dia (Umno) dan kita (PAS) baiki kelemahan kita (PAS).

“Inilah kekuatan kita (PAS) dan Insya’Allah, dengan sambutan yang menarik kepada perjuangan kita (PAS) oleh seluruh rakyat Malaysia. PAS semakin kuat,” tegasnya di hadapan lebih 800 orang perwakilan dan pemerhatinya.

Beliau berkata strategi politik yang ditentukan oleh kepimpinan parti, hendaklah difahami oleh ahli untuk mencapai kemenangan.

“Strategi hendak lawan untuk kita (PAS) mencapai kemenangan. Kadang-kadang kita (PAS) tegang, kadang-kadang kita (PAS) kendur. Ini strategi politik.

“Bila kita (PAS) buat strategi politik orang kita (PAS) kena faham. Kadang-kadng orang kita (PAS) sendiri tidak faham.

“Bila orang kita (PAS) tidak faham, saya kata ‘belajar dengan lembu’. Jika kita tengok lembu berlawan dia (lembu) tidak ‘sodok sokmo’(lawan). Kadang-kadang dia (lembu) ‘sodok’ (lawan) dan kadang-kadang dia (lembu) undur,” ujarnya.

Mengimbau sejarah silam strategi PAS ditahun 60-an ketika PAS di bawah kepimpinan Dato’ Asri Muda, Ustaz Abdul Hadi suatu strategi yang Berjaya dibawa oleh PAS waktu itu.

Katanya, pada tahun 1969, Dato’ Asri Muda menggunakan strategi politik ‘Kerajaan Campuran’ dengan Barisan Nasional (BN) meski pun ramai yang membantah kerana tidak bersetuju.

“Banyak (ramai) orang kita (PAS) marah sebab dia (ahli) tidak tahu strategi politik. Di mana strategi politik waktu itu kita (PAS) berjaya menarik minat di kalangan orang yang terpelajar, pegawai-pegawai kerajaan sokong perjuangan PAS,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut dua bekas Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang dan Haji Yusuf Tahir, Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kemaman, Encik Lip Woon Chang.

- www.buletinonline.net

* Umno tidak bodoh. Umno bijak. Bijak belit.

7 comments:

  1. Saya orang Sabah yang bukan beragama Islam. Tetapi saya percaya akan kejujuran PAS menegakkan demokrasi. Lebih menyedihkan apabila saya melihat DS Nizar di Perak begitu dibelasah oleh BN, sehingga pentadbiran negeri menjadi kucar-kacir. Dalam pemerhatian saya sendiri, semakin lama kemelut di perak ini, semakin ramai benci dengan BN, sebab masalah ini disebabkan oleh BN. Ingatlah wahai pemimpin BN, rakyat lebih pintar dari kamu sekarang, jangan mempermainkan rakyat dengan pelbagai tektik yang rakyat sudah faham. Kami akan menghukum kamu.

    ReplyDelete
  2. elok ke mengambarkan pihak lawan itu bodoh sedangkan mane2 manusia yang dilahirkan pada asalnya pun bodoh jugak. then belajar meniru.. jadi, percayalah semuanya meniru.. lama kelamaan semua manusia punyai sifat yang sama cuma terpulang pada cara mereka mengawal tindak tanduk mereka sendiri .. :) nak berpolitik secara pro.. tak kira time tengah bagi ceramah ke ape.. lebih baik menggunakan perkataan yang sopan .. :) jangan contohi orang lain . Bagi saya .. berblogging dengan mengaibkan sesebuah parti itu biarpun benar tetapi lebih baik kite gunakan kata2 yang sopan.. :) pendapat saya jer.. coz.. lebih senang pembaca faham. Ni guna perkataan bodoh dan seumpamanya cuma mempamerkan ketaksuban seseorang itu pada perjuangan utk parti.. bukan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. UMNO MEMANG BODOH, JAHAT DAN GILA....MALAH UMNO JUGA SEBUAH PARTI PEMIMPIN TERBANYAK RASUAH DAN UMNO SEPERTI YAHUDI YG MERAMPAS KERAJAAN PERAK SECARA BODOH. BETUL KATA TUKANG KOMEN YG BERASAL DARI SABAH....DARI PEMERHATIAN SAYA....KEBANYAKAAN AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH KRNA SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA TELAH MULA SEDAR DAN PANDAI SEDIKIT BILA MULA MENOLAK UMNO DAN MENYERTAI ATAU SETIDAK-TIDAKNYA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT. DI TEMPAT SAYA SAHAJA IAITU DI SELANGOR....AKTIVITI ANJURAN UMNO TIDAK DAPAT SAMBUTAN MALAH RAMAI AHLINYA TELAH KELUAR UMNO...SAYA PASTI JIKA DUN PERAK DIBUBARKAN UMNO AKAN HILANG KESEMUA KERUSI YG DISANDANGNYA TERMASUK PANGKOR KERANA RAKYAT CINA & INDIA TELAH MUAK DGN MAINAN POLITIK BODOH UMNO.

    ReplyDelete
  4. taksub sangat sampai sanggup mengata orang lain tu bodoh .. :) duh~

    ReplyDelete
  5. ORANG UMNO MEMANG BODOH, SEBAB MUNGKIN DAH TERLALU BANYAK MAKAN NASI KANGKANG. SEBAGAI CONTOH....BILA MB SELANGOR BUKA 5% UITM UTK BUKAN BUMIPUTRA..KECOH...TAPI BILA 30% EKUTI BUMIPUTRA DIMANSUHKAN OLEH NAJIB...ORG UMNO MACAM DUNGGU AJE. APA YG UMNO BUAT SEMUANYA BETUL.....BILA MB HARAM BUAT USUL TUKAR SPEAKER....BETUL ORG UMNO KATA...TAPI SIDANG DUN BELUM DIRASMIKAN SULTAN????

    ReplyDelete
  6. senang cerita la.. mane2 parti pun bodo.. adil kan? hahah! :P skg ni BN di yang mentadbir negara... bukannya PR.. kalau PR yang mentadbir? nak tengok rakyat lain kata PR tu bodo? gile kuasa? dan bagainya? sama jer.. :) PR tu gabungan tiga parti .. kalaulah berdiri di tapak kaki sendiri .. mampu ke? ..

    ReplyDelete
  7. BN PUN CAMPURAN PARTI...KALAU BERANI BERTANDING GUNA LAMBANG SENDIRI LA........ BN PERINTAH PUSAT PUN SEBAB PARTI DARI SABAH & SERAWAK...KALAU TAK DAH LAMA BUNGKUS.....MACAMANA PUN DISEMENANJUNG PR 4 - BN 0. PRU 13 NANTI PR 200 - BN ???. LAGI PUN SEKARANG MAJORITI MELAYU, CINA & INDIA DAH TOLAK UMNO...PASAL TU NAJIB TAKUT BUAT PILIHANRAYA.....

    ReplyDelete