PETALING JAYA: Malang berganda bagi seorang wanita apabila dia bukan sekadar diculik seorang ‘polis’, malah turut dijadikan mangsa ‘upacara korban dara’ oleh tiga lelaki lain yang memperkosanya bergilir-gilir.
Kejadian rogol itu dilakukan di rumah keluarga lelaki yang menyamar polis itu yang langsung tidak ambil kisah mengenai perbuatan kejam terbabit.
Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai pelayan pub baru keluar dari rumah rakannya di Mentari Court di Petaling Jaya, untuk makan di sebuah restoran di Jalan PJS 8.
Ketika menjamu selera di situ, seorang lelaki bermotosikal datang dan memperkenalkan dirinya anggota polis.
Sumber polis berkata, lelaki terbabit berpura-pura mahu menjalankan pemeriksaan sebelum meminta mangsa menyerahkan pasport.
“Mangsa yang sangsi bagaimanapun enggan menyerahkan pasportnya kepada suspek. Ini membuatkan lelaki terbabit mengeluarkan sepucuk pistol lalu mengacukannya ke perut mangsa.
“Lelaki itu mengarahkan mangsa jangan melawan dan menyuruhnya membonceng motosikal,” katanya, semalam.
Menurutnya, wanita itu dibawa ke rumah sewa lelaki terbabit sebelum disuruh membuka pakaiannya.
Dia bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan lelaki terbabit berang lalu menamparnya.
“Mangsa yang terus berkeras dipukul lagi sebelum menyerah kalah akibat kesakitan. Dia kemudian dirogol sebelum diarah memakai semula pakaian.
“Mangsa kemudian dibawa ke rumah keluarga lelaki itu yang tidak jauh dari kawasan berkenaan,” katanya.
Sebaik sampai di rumah keluarganya, lelaki itu sempat memperkenalkan mangsa kepada ahli keluarganya konon kenalan baru.
Melihat wanita itu ketakutan dan ingin menangis, suspek mencengkam pahanya supaya berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Lelaki itu membawa mangsa ke biliknya sebelum memanggil beberapa rakan. Mangsa diperkosa bergilir-gilir oleh tiga rakan lelaki terbabit,” kata sumber itu.
Sebelum meminta seorang wanita menghantarkan mangsa ke satu tempat, lelaki yang menculiknya mengambil telefon bimbit serta wang tunai RM20 miliknya.
Mangsa terpaksa berjalan pulang ke rumah kawan sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Way.
Dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut. _ Mymetro
No comments:
Post a Comment