Menteri Luar, Datuk Anifah Aman berkata beliau tidak akan memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaannya yang ketua pembangkang itu telah menawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika beliau melompat menyertai Pakatan Rakyat.
Anifah berkata demikian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya dari Amerika Syarikat, sambil menambah yang beliau tidak ada masa untuk melayan ugutan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaannya itu.
Khamis lalu, dalam sidang akhbar selepasa menemui setiausaha negara Amerika, Hillary Clinton di Washington DC, Anifah ditanya mengenai tuduhan terbaru liwat terhadap Anwar, yang menurut jabatan negara AS sebelum ini, bermotifkan politik.
Dalam sebahagian daripada jawapannya, Anifah juga dilaporkan beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai pembangkang dan ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihanraya umum 2008.
Anwar menafikan dakwaan tersebut dan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anifah sekiranya menteri berkenaan enggan meminta maaf.
Peguam Sankara Nair, yang mewakili Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak pernah membuat tawaran tersebut kepada Anifah.
Katanya, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali, tidak benar, fitnah dan dibuat dengan niat yang jahat untuk mencemarkan reputasi Anwar.
Sankara berkata saman fitnah akan difailkan terhadap Anifah jika beliau tidak menarik dakwaannya itu dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam (Sabtu).
Bernama melaporkan Anifah sebagai berkata 'pertelingkahannya' dengan Anwar adalah isu remeh yang ctidak perlu diberi perhatian.
"Beliau bukan keutamaan bagi saya. Sebagai menteri luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan. Tak ada sebarang masalah jika beliau ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap saya. Ini perkara remeh," katanya.
- Malaysiakini
* Beritahu hakim nanti yang ini adalah perkara remeh.
Kalau Datok Seri Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri tidak dihormati oleh rakyat dan pemimpin antarabangsa, apakah Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar lebih hebat kedudukannya sehingga boleh berlagak dengan berkata "Sebagai menteri luar, saya ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan....?"
ReplyDeleteKita tidak pernah kenal siapa Anifah Aman, oleh kerana itu kita harap orang Sabah dan Sarawak yang tidak menyokong Barisan Nasional akan dapat menceritakan siapa orang ini.
Alang-alang dah masuk dalam gelanggang, kita mesti uji kekuatannya...