23 April 2009

UMNO Permatang Pauh akan cadang seorang calon

BUKIT MERTAJAM 23 April — Umno Bahagian Permatang Pauh mula mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti termasuk mencadangkan seorang pemimpin sebagai calonnya.


Ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata keputusan telah dibuat untuk mengemukakan hanya satu nama bagi pertimbangan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


“Mesyuarat khas jawatankuasa bahagian telah membuat keputusan untuk mencadangkan satu nama sahaja sebagai tanda kesepakatan dan perpaduan kami di sini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, malam tadi.


Bagaimanapun, katanya bahagian itu menyerahkan kepada Mohd Najib untuk membuat keputusan mengenai calon yang dirasakan layak dan boleh memberi kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.


Beliau berkata bahagian itu akur kepada sebarang keputusan presiden parti mengenai perkara itu dan pada peringkat ini adalah terlalu awal baginya untuk menamakan calon berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment