22 April 2009

Pendapat awal tunjuk pengundi mahu BN bertanding di Penanti

BUKIT MERTAJAM 22 April — Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.


Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.


“Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi. - Bernama

* BN terpaksa bertanding. Jika tidak jumlah undi Pakatan akan meningkat jauh lebih tinggi kerana bertanding dengan calon bebas. BN tidak mahu Pakatan menggunakan ini sebagai modal diterima rakyat.

No comments:

Post a Comment