25 April 2009

Sidang DUN Perak tetap 7 Mei

IPOH 25 April — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan.

Beliau berkata persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut.

Katanya, masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

“Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak di sini hari ini.

Zambry berkata kedudukan berkenaan adalah serupa semasa Pakatan PAS-DAP-PKR memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN.

— BERNAMA

* Jika speaker dan semua adun pakatan tidak hadir?

No comments:

Post a Comment