Kesemua 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon perkenan baginda agar menangguhkan pelantikan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.
Petisyen itu, yang diserahkan kepada Istana Negara semalam, ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ahli-ahli pembangkang menyatakan pelantikan tersebut - yang dijadual 10 pagi esok - haruslah ditunda sehingga satu suruhanjaya bebas dibentuk untuk membersihkan Najib daripada segala tuduhan salah laku.
Mereka juga berkata Najib wajarlah disiasat berhubung dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu - yang menjadi bahan berita media asing akhir-akhir ini.
Isu komisyen pembelian kapal selam pertama negara Scorpene yang dikaitkan dengan Najib, waktu itu menteri pertahanan, dan wanita Mongolia berkenaan.
Bakal perdana menteri sering menafikan pembabitannya, malah menyatakan beliau tidak pernah mengenai wanita itu. _ Malaysiakini
* Perdana Menteri Malaysia perlulah bersih.
No comments:
Post a Comment