KUALA LUMPUR 2 April – Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, esok.
Istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan mengangkat sumpah serta menyimpan rahsia itu dijadual berlangsung di Balairong Seri bermula pukul 10 pagi.
Majlis bersejarah yang dihadiri semua anggota Jemaah Menteri itu akan disiarkan secara langsung oleh TV1.
Najib yang mengambil alih jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung parti minggu lalu, dijangka mengumumkan senarai menteri Kabinet pada Rabu depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam kenyataannya hari ini mengumumkan Tuanku Mizan telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Selepas upacara angkat sumpah, pada sebelah petang, Abdullah yang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003 dijadual menyerahkan nota serah tugas kepada Najib di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Selain dihadiri anggota Jemaah Menteri turut dijadual bersama pada majlis berkenaan ialah Mohd. Sidek dan semua ketua setiausaha kementerian.
Najib kemudiannya akan menyampaikan ucapan sulungnya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejurus majlis penyerahan nota serah tugas itu selesai. _ Utusan
Bila orang UMNO semua setuju Najib jadi PM tidak sebab perlantikan itu dibatalkan. Sekiranya setiap tindakan yang diambil oleh Najib bertambah zalim terhadap rakyat bila jadi PM maka seluruh ahli UMNO mesti bertanggongjawab sekiranya Malaysia jadi huru-hara.
ReplyDeleteDan ahli UMNO keseluruhannya mesti diheret sama merasai kesengsaraan yang ditanggong oleh rakyat bukan ahli UMNO.