04 April 2009

Mokhzani ikut jejak bapa

KUALA LUMPUR 3 April - Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir mengesahkan akan mengikut jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula parti itu.

Mokhzani berkata, keputusan itu diambil setelah bapanya bercadang untuk menyertai semula UMNO beberapa hari lalu.

''Ya, keputusan masuk semula UMNO diambil selepas bapa saya menyertai balik parti ini.

''Tiada sebab untuk saya tidak menyertai semula UMNO. Saya harus masuk semula kerana tahun lepas keluar parti kerana alasan yang sama dengan bapa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 21 Mei tahun lalu, Mokhzani menghantar surat mengenai keputusan keluar parti ke pejabat UMNO Bahagian Merbok menerusi faks. _utusan

No comments:

Post a Comment