27 April 2009

HKL siasat dua doktor ditangkap 'curi tulang'

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL), akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan dua doktor di jabatan kecemasannya 'ditangkap curi tulang' ketika bertugas, pagi semalam.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit dan jika wujud elemen tidak bertanggungjawab, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang berkenaan.

"Mengenai insiden itu, siasatan kami menunjukkan ada hanya lapan pesakit, 20 sanak saudara dan tiada yang menanggung kesakitan kerana kami mengamalkan khidmat jagaan kesakitan holistik dan kesakitan pula sebagai tanda vital kelima.

"Doktor kami yang sentiasa bekerja keras juga manusia biasa, membaca akhbar semasa tiada kes untuknya tidak boleh ditafsirkan sebagai mengabaikan tanggungjawab.

"Kami tidak membiarkan doktor yang malas atau tidak bertanggungjawab tetapi doktor yang memahami, mengambil berat dan bekerja keras juga menjadi tanggungjawab kami," dalam SMS yang dihantar kepada Bernama, bagi mengulas laporan itu, semalam.

Dr Zaininah berkata Jabatan Kecemasan HKL adalah unit yang sangat sibuk dan menguruskan 550 kes sehari dan enam pegawai perubatan bertugas bagi setiap syif lapan jam (tiga syif sehari) dengan seorang pakar, seorang pakar runding dan seorang pakar runding kanan mengelolanya.

"Cabaran jumlah pesakit makin bertambah, meningkat hingga 30 peratus berikutan krisis ekonomi semasa. Meskipun dalam keadaan ini, kami memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kaedah sistematik menerusi sistem agihan untuk menguruskan pesakit berdasarkan keutamaan," katanya. _ Bharian

* Siapa yang berbohong ni?

1 comment:

  1. macam mana tak tunggu lama, doktor kurang. emak bapak sekarang sibuk nak anak jadi penyanyi pelakun. anak afundi puluhan ringgit tak jadi hal. beli buku ilmiah tak pernah. bayar yuran sekolah liat.

    ReplyDelete