27 April 2009

23 remaja punk, skinhead kena tahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan 23 remaja punk dan skinhead dalam operasi bersepadu membabitkan 70 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Jalan Changkat Thamby Dollah di sini, semalam.

Dalam operasi bermula jam 2 pagi itu, 15 remaja lelaki dan lapan remaja perempuan berusia belasan tahun ditahan kerana mengganggu orang awam dan berkelakuan tidak senonoh.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata ada antara remaja ditahan itu datang sejauh Seremban, Negeri Sembilan dan Kuantan, Pahang untuk berkumpul bersama rakan mereka di ibu negara.

Katanya, selain itu, kumpulan remaja berkenaan dipercayai turut mengambil minuman keras murah berdasarkan tin dan botol yang ditemui di kawasan itu.

"Kumpulan ini tidak sempat melarikan diri ketika operasi dijalankan kerana berada dalam keadaan mabuk dan khayal. Ada setengah daripadanya sedang melakukan perbuatan yang mencurigakan di kawasan gelap berhampiran.

"Kita sudah menghubungi ahli keluarga untuk dimaklumkan penahanan anak mereka. Selain itu, kita akan teruskan pemantauan di lokasi berkenaan kerana ada banyak kejadian jenayah ragut dan samun dilaporkan," katanya di sini, semalam.

Zulkarnain berkata, dalam operasi di lokasi berasingan sekitar kawasan Bukit Bintang, 36 orang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan tidak bermoral, terbabit dalam penagihan dadah dan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah. _ Bharian

* Ibu bapa pun tak sanggup nak bela anak macam ni. Elok hantar ke pusat pemulihan akhlak.

No comments:

Post a Comment