
TAIPING: 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula dibebaskan dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting secara berperingkat-peringkat pagi ini.
Pada pukul 10:43 pagi tiga tahanan ISA warga asing mula dibawa keluar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
Tahanan itu termasuk dua pemimpin Hindraf yang dibebaskan 11 pagi.
Pembebasan mereka yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kelmarin.
Pusat tahanan ini menjadi tumpuan sejak 7 pagi tadi.
Keluarga tahanan kalangan pemimpin Hindraf mula menanti sejak 7.30 pagi lagi.
Dalam pada itu, isteri pemimpin Hindraf,V. Ganabatirau, B.Puvaneswary berkata suaminya akan dibebaskan di rumah mereka di Shah Alam.
"Dia (Ganabathriu) tidak akan dibebaskan di Kamunting sebaliknya akan dibebaskan di rumah kami di Shah Alam. Saya akan mengikut kereta polis dari belakang," katanya.
Sementara isteri seorang lagi pemimpin Hindraf, Kenghadharan, Dr Kalaivani juga berkata suaminya akan dibebaskan di rumahnya di Kelana Jaya.
Kata beliau suaminya dibebaskan dengan syarat tetapi tidak menyebut apa syarat-syarat tersebut.
Penyokong dan pengikut Makkal Sakthi juga 'berkhemah' sejak dua jam lalu.
Seorang penyokong mereka pula melakukan 'upacara cukur jambang' meraihkan pembebasan mereka sambil melaungkan "terima kasih Najib" dan "hidup Makkal Sakthi".
Kawalan keselamatan juga diperkatakan.
Bagaimanapun ahli keluarga tahanan ISA lain dibebaskan tidak kelihatan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, Selain pemimpin Hindraf, tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.
Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.
Tempoh tahanan mereka sepatutnya berakhir tahun depan.
Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.
Anggota Jemaah Islamiah itu ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003. _ Mstar
Keluarga bagi tahanan ISA patut bergembira diatas kebebasan saudara mara mereka yang ditahan tanpa bicara.
ReplyDeleteBagi rakyat yang menyokong pembubaran akta ISA beranggapan kebebasan bagi 13 orang tahanan ISA bukan satu kebaikan yang besar dilahirkan oleh PM baru, cuma memberi gula-gula penyeri budi.