
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu terutamanya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Demikian pandangan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah,Ahmad Lutfi Othman apabila memberikan kenyataan balas mengenai ulasan Abdullah semalam bahawa pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu segera untuk selesaikan isu PPSMI.
"Abdullah perlu segera bertindak dan bukannya menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu PPSMI ini.
"Sebagai Perdana Menteri beliau boleh bertindak sebagai kuasa eksekutif tertinggi kerajaan untuk mengembalikan semula dasar lama...tidak perlu tunggu dan arah pihak lain,"jelas Lutfi kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Bagaimana Perdana Menteri bakal pencen beberapa hari lagi nak membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa melayu...?
ReplyDeleteMenteri Pelajaran tetap mempertahankan PPSMI kerana katanya ahli UMNO keseluruhan menyokong perlaksanaan PPSMI.
Hari ini ahli UMNO memperjuangkan apa...?