14 March 2009

Ragunath presiden baru Majlis Peguam

KUALA LUMPUR 14 Mac - Bekas Naib Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dipilih sebagai Presiden baru badan itu bagi sesi 2009/2010 menggantikan Datuk Ambiga Sreenavesan.

Turut dipilih sebagai pemegang jawatan tertinggi badan itu ialah Lim Chee Wee sebagai Naib Presiden, George Varghese (Setiausaha) dan Tony Woon (Bendahari) dalam mesyuarat agung tahunan Majlis Peguam yang ke-63 di sini hari ini.

Pada sidang akhbar, Ragunath berkata, barisan baru jawatan tertinggi Majlis Peguam akan bekerjasama dengan semua pihak khususnya kerajaan dan badan kehakiman untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

- Utusan

No comments:

Post a Comment