14 March 2009

Jawatankuasa pengurusan UMNO tentukan kelayakan Norza - Abdullah

PULAU PINANG 14 Mac — Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menentukan sama ada Datuk Mohamad Norza Zakaria boleh bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) atau sebaliknya pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Perdana Menteri berkata, soal kelayakan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan itu untuk bertanding pada pemilihan parti perlu diputuskan jawatankuasa itu berikutan pemimpin itu telahpun dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini.

“Kelayakan bertanding kena diputuskan nanti oleh Jawatankuasa Pengurusan pada kes-kes yang berkaitan dengan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Liga Muslim Pulau Pinang dan Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment