Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy masih rakyat Malaysia dan boleh pulang ke negara ini pada bila-bila masa, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.Bagaimanapun, ada satu masalahnya - menteri berkenaan berkata Waythamoorthy telah memulangkan pasportnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dan kini menggunakan dokumen perjalanan British.
Walaupun telah memulangkan pasportnya, Waythamoorthy masih lagi rakyat negara itu, walaupun pengerusi Hindraf itu mendakwa sebaliknya, kata Syed Hamid.
Waythamoorthy, yang kini tinggal di London sejak November 2007, dikatakan menghidap sejenis penyakit jantung yang jarang berlaku, dan mahu pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Pembedahan yang dijadual dilakukan ke atasnya di sebuah pusat pakar di London Isnin lalu, telah ditangguhkan kerana keadaannya kesihatannya tidak mengizin ia dilakukan.
Para doktor sedang memantau keadaan untuk tempoh 48 jam sebelum memutuskan sama ada hendak meneruskan atau tidak pembedahan untuk memasang alat bantuan pada jantungnya.
Pengerusi Hindraf itu telah menyuarakan hasratnya untuk pulang supaya dapat bersama keluarganya, dan beliau memohon jaminan kerajaan bahawa beliau tidak akan ditahan bila pulang kelak. - malaysiakini
P Waythamoorthy masih rakyat Malaysia dan boleh pulang ke negara ini pada bila-bila masa Walaupun telah memulangkan pasportnya, Waythamoorthy masih lagi rakyat negara....
ReplyDeletePerangkap tidak pernah lupa pada sipelanduk..! Kata-kata pemanis dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.