JAKARTA 12 Mac - Pelakon sinetron Indonesia yang juga pemilik agensi model, Hanny A Wahab (53), dibunuh di rumahnya di Cengkareng, Jakarta Barat, semalam.
Tubuh ibunda Aline di dalam sinetron Wulan itu ditemui dalam keadaan tanpa pakaian.
Mayatnya ditemui di bilik oleh anak keduanya, Ahmad Sutrisno pada pukul 11.30 pagi.
Ahmad yang sudah siap untuk ke sekolah hairan kerana belum bertemu ibunya.
Apabila dibuka pintu bilik tidur, Ahmad terkejut melihat ibunya berbujur tanpa pakaian di atas katil dengan kesan luka
di kepala.
Pesuruhjaya Polis Metro Jaya, Zulkarnain Adinegara berkata, setakat ini enam orang telah dipanggil bagi diambil keterangan.
Berdasarkan kenyataan Ahmad, katanya, Hanny ada didatangi tiga lelaki pada pukul 10 malam kejadian dan polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dalam kejadian itu.
Hingga kini, ujar beliau, polis belum mempunyai suspek pembunuhan janda beranak tiga itu. - Utusan
No comments:
Post a Comment