Nawaz yang pernah memimpin Pakistan sebagai Perdana Menteri kini menjadi pemimpin politik paling popular di negara Islam itu.
Beliau mengetuai sejumlah 6,000 penyokong dalam satu bantahan haram di sini di mana pasukan polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata ketika bertempur dengan kumpulan-kumpulan perusuh yang melontar batu.
Saksi-saksi berkata, lebih 12 orang cedera dalam pertempuran tersebut.
"Sebuah dataran utama di sini tidak ubah seperti medan perang. Saya melihat beberapa buah ambulans membawa mereka yang cedera ke hospital," kata penduduk tempatan, Hanif Goraya.
"Polis menembak banyak gas pemedih mata di luar dan ke dalam bangunan Mahkamah Tinggi Lahore. Sebutir peluru mengenai paha kiri saya. Mangsa-mangsa cedera termasuk peguam, petugas dan pegawai politik," tambahnya.
Nawaz kini bertelagah dengan Presiden Asif Ali Zardari susulan perintah Mahkamah Agung pada 25 Februari lalu yang melarang beliau bertanding dalam pilihan raya negara itu tahun ini.
Beliau menuntut supaya kerajaan melantik semula hakim-hakim yang dipecat ketika era pemerintahan ketua tentera Pervez Musharraf.
Sejumlah 1,800 aktivis politik sudah ditangkap di wilayah Punjab sejak Khamis lalu.
Perkembangan itu dibimbangi akan mengundang campur tangan tentera yang memerintah Pakistan sejak lebih separuh daripada 62 tahun penubuhan negara itu. - AFP

* FRU Pakistan pula yang lari.
No comments:
Post a Comment