16 March 2009

Hamas-Israel hampir muktamad pembebasan Schalit

BAITULMAQDIS - Proses pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas akan diputuskan dalam tempoh beberapa hari lagi, kata pegawai-pegawai Israel semalam ketika perwakilan kedua-dua pihak mengadakan perbincangan berhubung isu berkenaan di Mesir.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, satu sidang Kabinet khas akan diadakan hari ini untuk mendengar laporan rundingan tersebut dan membuat keputusan mengenainya.

"Perwakilan saya akan kembali petang ini (semalam) dan melaporkan hasil rundingan tersebut kepada Kabinet esok," katanya.

Menteri Dalam Negeri Israel, Meir Sheetrit pula memberitahu, siri rundingan di Mesir itu penting terhadap hala tuju proses damai Asia Barat.

"Hasil rundingan tentang isu itu akan menentukan sama ada keadaan rantau ini menjadi bertambah baik atau sebaliknya. Saya berharap keadaan akan semakin baik," ujarnya.

Persetujuan itu jika diluluskan Kabinet Israel, bakal menyaksikan seorang askar Yahudi yang diculik Hamas di Gaza tiga tahun lalu, Koperal Gilad Shalit dibebaskan selain beratus-ratus tahanan Palestin di Israel.

Olmert berkata, beliau mengarahkan rundingan itu dimuktamadkan semalam kerana mahu kes itu diselesaikan sebelum beliau berundur.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum di Kaherah berkata, pergerakan itu masih belum menerima sebarang tawaran daripada Tel Aviv. - Agensi

* Seorang askar Israel sama nilai beratus-ratus orang Palestin.

No comments:

Post a Comment