Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
21 March 2009
Os cadang naik tambang bas
KUALA LUMPUR: “Jangan naik tambang teksi, tapi naikkan tambang bas,” itu cadangan pelakon komedi, Mohd Yusuf Abdul Hamid, atau lebih dikenali Mr Os, 48, pada sesi dialog bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan (STK) Fasa ke-2 kepada Pemandu Teksi Individu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Mr Os, yang turut menerima STK, berkata dengan berbuat demikian, penumpang akan memilih menggunakan perkhidmatan teksi berbanding bas.
“Bila tambang bas dinaikkan, orang ramai akan pilih naik teksi. Oleh itu saya fikir kementerian tak payah naikkan tambang teksi tak apa sebab kami pemandu teksi akan dapat banyak penumpang,” katanya.
Mengulas cadangan berkenaan, Noh berkata, pihaknya akan menimbang cadangan itu.
“Pemandu teksi kena faham, jika semua orang naik teksi, kosong pula bas. Bagaimanapun, ini satu cadangan baru dan saya akan bawa ke tengah untuk dibincangkan,” katanya. - Mymetro
* Atau naikkan pendapatan rakyat. Rakyat yang berduit akan menggunakan perkhidmatan yang lebih selesa (teksi).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment