Semua "orang presiden" Umno, Datuk Seri Najib Razak akhirnya sampai di garis kemenangan dengan bergaya.
Debaran sepanjang hari ini di kalangan perwakilan dan penyokong berakhir apabila keputusan rasmi diumumkan jam 10.40 malam ini:
Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,575 undi)
Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (1,592 undi)
Datuk Seri Hishammuddin Hussein (1,515 undi)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (1,445)
Pengundian untuk memilih jawatan tertinggi Umno memakan masa kira-kira tiga jam dan berakhir jam 3 petang ini, melibatkan lebih 2,500 perwakilan.
Ia diadakan tidak lama selepas para perwakilan berhenti rehat mulai jam 11.15 pagi setelah mendengar ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Lapan orang calon bersaing untuk mengisi tiga kerusi naib presiden, termasuk Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendapat 1,397), Datuk Seri Rais Yatim (491), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (432), Datuk Syed Hamid Syed Jaafar Albar (410) dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (192).
Manakala 49 orang lain bertanding untuk 25 kerusi ahli Majlis Tertinggi (MT).
Perwakilan dua bahagian yang akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga 7 April ini diberikan keutamaan untuk membuang undi sebelum pulang ke Bukit Gantang dan Merbok.
Keputusan dijangka diumumkan lewat malam ini.
Proses pengundian disiarkan secara langsung di televisyen litar tertutup di PWTC, tempat berlangsung perhimpunan agung parti sehingga Sabtu ini.
Selain jawatan-jawatan penting itu, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.
Sesi perbahasan usul oleh para perwakilan dimulakan jam 3.30 petang dan tamat tiga jam kemudian. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment