26 March 2009

MT: Azalina, Shahrir dan empat MB tewas

Dua menteri, seorang timbalan dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal ialah Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).

Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini, iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, tujuh orang menteri yang berjaya dipilih iaitu, Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri, Datuk Mohamad Zin Mohamed, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Manakala lima timbalan menteri yang berjaya dipilih ialah Datuk Saifudin Abdullah, Datuk SP Lajim Ukin, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Idirs Haron.

Turut terpilih ialah dua bekas menteri besar iaitu Datuk Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Mahdzir Khalid (Kedah).

Hanya seorang calon wanita yang terpilih iaitu, Datuk Dr Norraesah Mohamad. Turut menang ialah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. - Malaysiakini

* Shahrir pun sudah tidak sama dengar yang dulu.

No comments:

Post a Comment