27 March 2009

Klinik sedut lemak mula disiasat


KUALA LUMPUR - Seramai 13 anggota Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS) Kementerian Kesihatan membuat pemeriksaan ke atas klinik yang menjalankan rawatan menyedut lemak sehingga menyebabkan seorang wanita menemui ajalnya.

Pasukan tersebut datang ke klinik itu menaiki dua buah kenderaan iaitu Toyota Harrier dan Toyota Unser pukul 11.45 pagi dan keluar empat jam selepas itu.

Turut dibawa keluar dua buah beg dan satu kotak putih yang dipercayai berisi barang kes berkaitan dengan kematian Noraini Mohd. Ghazali.

Mereka enggan memberi komen kepada media tetapi Kosmo! difahamkan, siasatan tertumpu kepada pusat rawatan yang terletak di tingkat satu bangunan empat tingkat itu. Tingkat satu itu dipercayai dijadikan tempat membuat rawatan menyedut lemak.

Di pintu bilik itu hanya diletak gambar untuk rawatan bagi mencantikkan wajah serta membuang garisan yang terdapat pada mata serta dahi. Turut ditampal satu notis amaran sinaran laser.

Mengikut sumber UKAPS, bilik rawatan membuang lemak di tingkat satu tersebut tidak ada lesen kecuali klinik yang beroperasi di tingkat bawah.

"Bilik rawatan di tingkat satu terlindung dan ia bukan klinik biasa seperti klinik di tingkat bawah yang diberi lesen,'' kata beliau di sini semalam. _Kosmo

No comments:

Post a Comment