27 March 2009

Abdullah terus berteka-teki tarikh peralihan kuasa

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus berteka-teki mengenai tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditemui pada perhimpunan Agung Umno 2008 di sini hari ini, Abdullah yang kelihatan ceria dalam sidang media berkata beliau akan hanya memaklumkan tarikh itu apabila beliau “suka” untuk berbuat demikian.

“Yang itu (tarikh peralihan kuasa) tak payah tanya, saya akan bagi tau bila-bila saya suka,” katanya.

Timbalannya, Najib sebelum ini dinamakan sebagai penggantinya dan peralihan kuasa itu dilaporkan sebelum ini akan diadakan pada Mac ini.

Mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa semua menteri-menteri di bawah pimpinan Abdullah secara teknikalnya turut dianggap meletak jawatan selepas beliau (Abdullah) meletak jawatan, Abdullah berkata: “Masa zaman saya dulu pun (Tan Sri) Lim Keng Yaik (bekas menteri kabinet) pun kata begitu juga, tapi tak jadi apa pun, bukan boleh paksa.”

— BERNAMA

* Presiden Umno yang lantik perwakilan, Perdana Menteri yang melantik adalah Agung.

No comments:

Post a Comment